Tentang Kami

Dari sebuah komuniti aktivis pencinta halal yang bergerak aktif bersama Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), maka lahirlah sebuah koperasi yang diwujudkan bagi mengambil bahagian secara aktif di dalam perniagaan perkhidmatan sokongan melengkapkan ekosistem industri Halal, dari makanan hinggalah keperluan gaya hidup. Halal itu ibadah, bukan jenama! 

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua kalangan aktivis MEH yang berminat menyambung usaha secara sukarela kepada pembangunan ekonomi halal secara serius, usahawan-usahawan baru atau veteran, para cendiakawan dan akademik, dan individu samada pekerja atau pelajar.

Maklumat Syarikat

Koperasi Majlis Ekonomi Halal Selangor Berhad (MEHKOP)

No. Daftar: 2022.5950.2005

Alamat berdaftar:

No. 1B-2, Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra, 47000 Sg. Buloh, SELANGOR.

Email: mehkopberhad@gmail.com

Ahli Lembaga Koperasi dan Pengurusan

Dibarisi oleh usahawan-usahawan yang berpegalaman yang bergandingan dengan usahawan muda yang progressif.

Haji Rozman Abas

Pengerusi

Haji Roslin Abd Rahman

Timbalan Pengerusi

Dr Mohd Helmi Ibrahim

Timbalan Pengerusi Tugas-Tugas Khas

Khairulldin Ghazali

Timbalan Pengerusi / ALK Sektor Latihan

AHMAD ZOFAR ISMAIL

Setiausaha

NOOR LAILA ISMAIL

Bendahari

MOHD RIDZUAN ABDUL RAHMAN

Ahli Lembaga Koperasi Sektor Korporat

ROSLI SABTU

Ahli Lembaga Koperasi Sektor Multimedia

DATO’ MUHAMAD MUSTAFA IDRUS

Ahli Lembaga Koperasi

AYOB ABD MAJID

Audit Dalaman

FARIDAH HANIM MOHD ZAINAL

Audit Dalaman

Bersama kami kerana ALLAH

BANGUNKAN FILANTROFIS MUSLIM

Mari sama-sama kita membuat sumbangan atau pelaburan ke atas perniagaan baru atau modal pengembangan kepada usahawan Muslim dari kategori Usahawan Halal Food Security hinggalah Usahawan SME. Mari kita berkorban untuk akhirat, kerana KEJAR AKHIRAT, DUNIA PASTI DAPAT

SUCIKAN MODAL & KONSEP NIAGA

Ubah strategi memberi MODAL kepada usahawan dari sumber yang berunsur RIBA. Perkenalkan semula konsep Sayyidina Uthman r.a apabila menjual air telaga secara percuma kepada pengguna kerana beliau amalkan konsep BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT!

TEKNOLOGI INTEGRITI MATEMATIK ALLAH SWT

Pemodal/penderma/pelabur akan diberikan akses yang membolehkan cara pengurusan ditadbir secara telus diperiksa dan disemak. Yakinlah bahawa setiap sumbangan pastinya diberi ganjaran oleh Allah SWT kerana matematik Allah tidak sama dengan matematik kita!

JIHAD EKONOMI ASAS KEJAYAAN UMMAH!

Inilah solusi kepada mencari kekuatan ummah, hindarkan dari RIBA. Allah SWT mengharamkan RIBA, malah memberi amaran bahawa Dia akan memerangi sesiapa yang mengamalkan RIBA. Justeru mari kita kukuhkan jatidiri usahawan halal dan muslim.

Strategic Partners

This is a place to showcase the logos of some of your clients