
Hari tasyrik akan meninggalkan kita lagi. Semoga segala ibadah korban kita diterima Allah SWT hendaknya tahun ini, aamiin yaa Robbal alamiin…terlalu banyak cerita tentang kisah korban Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s. yang mana versi ibrah peristiwa ini adalah pelbagai. Wallahualam!
Namun yang lebih pentingnya betapa ibrah kehidupan yang Allah sampaikan kepada kita selalu keciciran pemahaman. Masing-masing melihat dari sudut pandang yang berbeza. Maka raikanlah perbezaan pendapat antara sesama dgn mengutamakan kasih sayang, merapatkan ukhwuah dan silaturrahim. Jauhi sifat-sifat munafik, fasik, sombong, amarah, busuk hati dan segala sifat-sifat mazmumah. Itulah dakwah yang terbaik sesama kita saudara Muslim sesuai dengan amalan Nabi kita Muhammad SAW, namun tegas dan keras pada golongan munafik.
Hati itu adalah kerajaan kita. Indah jika kita pusatkan pada zat, sifat, af’al dan asmaNya, namun kotor jika suka pada iblis dan syaitan.
Saya terjumpa sebuah artikel ini yang amat relevan kepada umat sekarang dalam mencari erti korban dari sudut hakikatnya yang tersirat. Moga perkongsian ini memunafaatkan saya dan semua, insyaaAllah!
“Suka atau tidak. Sedar atau tidak. Kisah kisah Ibrahim ini kisah kita. Kitalah Ibrahim. Ibrahim ada Ismail. Ismail bukan sekadar anak. Ismail adalah benda yang bertakhta dalam hati kita. Ismail kita berbeza beza.
– Almarhum Prof Shahnon, Sasterwan Negara
Ismail kita mungkin harta. Ismail kita mungkin jawatan. Ismail kita mungkin rumah dan kereta. Ismail kita mungkin keturunan kita. Mungkin ego kita.
Ibrahim tidak disuruh bunuh Ismail. Bukan secara literal sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa bermilik terhadap Ismail. Bunuh rasa mutlak memiliki. Bunuh rasa sayang pada dunia ini. Hakikatnya Ismail kita, Ismail
Ibrahim adalah kepunyaan ALLAH.”
Sidang jemaah sekalian. Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Bukan. Tapi korban rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhan”
– Almarhum Prof Shahnon, petikan khutbahnya semasa AidilAdha tahun 1990 di masjid USM, yang ketika itu menyandang jawatan Pengarah Pusat Islam USM. Disalin dari #DrRizal yg mencatit nota ketika khutbah ini dibacakan. Wallahualam!
Leave a Reply