
“Pengusaha Melayu dan Islam menguasai sektor kedai makanan tomyam di Malaysia namun dari segi bekalan bahan mentah dan rencah ratusnya dibekalkan oleh pihak lain,”
Tuan Ayob Abd Majid, Pengurus Acara Sektor Korporat MEHKOP
Pattani, Thailand – 7 Ogos 2022. MEHKOP mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Koperasi Islam Pattani Berhad yang diketuai oleh Ketua Koperasi, Tuan Haji Waeasae Waehama, Tuan Awae Cekmad dan lain-lain bagi pihak pengurusan Islamic Co-operative Pattani Limited, yg sudi menerima kunjungan wakil kami iaitu tuan Pengerusi Rozman dan Tuan Ayob selaku ketua pengurusan event Sektor Korporat MEHKOP. Terima kasih juga kepada wakil @islamictunes Tn Hj Ghazali Imam Pakdee dan mantan Ketua Koperasi Islam Pattani Tn Hj Romli yang menghubungkan kami kepada koperasi yang hebat ini. Syukur alhamdulillah!
Pengusaha Melayu dan Islam menguasai sektor kedai makanan tomyam di Malaysia namun dari segi bekalan bahan mentah dan rencah ratusnya dibekalkan oleh pihak lain.
Orang2 Selatan Thailand pula merupakan sumber utama tenaga kerja kpd sektor kedai tomyam ini yg kini merupakan antara makanan popular selain dari beberapa jenama kedai makanan segera popular dan termasuk restoran mamak. Namun apabila matawang Kita semakin mengecil, pastinya pekerja2 dari Selatan Thailand terutama dari Pattani, Yala dan Narathiwat akan mendapat nilai upah yg kecil yg akhirnya kos upah meningkat bagi pengusaha.
Justeru dalam pertemuan tidak rasmi ini, MEHKOP telah memberikan pandangan bahawa sudah sampai masanya koperasi ini melihat sektor pengeluran bahan mentah dan rencah ratus makanan tomyam dan Thailand amnya diberikan tumpuan dengan mempergiatkan lagi usahawan-usahawan dalam pembuatan dan pemerosesan ini. Sementara MEHKOP pula akan cuba memasarkan produk-produk usahawan koperasi Islam Pattani
Utk rekod, koperasi islam Pattani ini merupakan koperasi yg awal di Selatan Thailand yg kini telah berkembang dgn wujudkan 9 pejabat wilayah cawangan sehingga ke Utara Thailand iaitu Chiengmai.
Koperasi Islam Pattani juga adalah Koperasi yg paling awal memulakan perniagaan Ar Rahnu atau pajak gadai Islam selain dari perniagaan memberi pinjaman serta membuat rangkaian kedai motor.
Semoga ukhuwah dan silaturrahmi ini dapat merapatkan lagi ikatan persaudaraan terutamanya dalam membangunkan ekonomi halal sebagai wadah baru sistem ekonomi baru.
Leave a Reply